Selamatkan Pantai Kita
Friday, 12 October 2018
Memeranjatkan.
Terlalu banyak jenis sampah yang ditemui di sepanjang pantai - daripada botol plastik, TV, kasut, tong kosong, dan karton plastik. Styrofoam adalah yang paling teruk. Apabila ia pecah kepada sejuta kepingan kecil, ia kelihatan seperti makanan ikan dan mustahil untuk dikutip satu per satu.
Sampah yang ditemui ini hanyalah satu jumlah yang sangat kecil daripada jumlah sampah sarap yang terapung di lautan, semuanya dihasilkan oleh tangan manusia. Jika di satu pulau ini pun dah banyak, bagaimana pula bilangan sampah yang ada di dunia?..
Setiap hari manusia consume sampah dengan banyak. Sebaik sahaja sampah dibawa keluar dari rumah, kita akan terus lupa mengenainya tetapi di sinilah ia berakhir; mengubah landskap alam sekitar kita. Jumlah plastik yang kita gunakan dan buang adalah sangat menjijikkan!
"Lihat sahaja pada gambar-gambar ini - kerosakan sedang berlaku, dan kematian hidupan liar adalah kesan langsung daripada sampah yang kita buang. Tolong jangan cakap sampah anda tidak melakukan apa-apa kemudaratan. Berhenti abaikan dan sudah tiba masanya untuk kita lebih mengambil berat..
Segalanya kerana tangan manusia.
Tak malu ke bila pelancong datang tengok keadaan pantai di negara kita yang tercemar dengan sampah limbah.. Nak cakap pasal sampah, berjenis-jenis sampah, nak ke korang nyatakan jenis sampah kalau yang buat sampah ni semua saudara-saudari kita sendiri. Sedih admin bila tengok keadaan pantai kita ni..Kalau bukan kita sendiri yang jaga pantai kita ,siapa lagi..
Pulau peranginan yang sebelum ini bersih kini tercemar teruk dengan longgokan sampah sarap. Sebaik musim monsun tamat tempoh hari, bilangan sampah yang dibawa arus dilihat begitu banyak dan tidak terkawal, semuanya terdampar di persisiran pantai.
Pantai Morib, sebagai tempat upacara sembahyang
Pantai Morib kini
sudah tidak seperti dahulu kerana isu pencemaran yang dilakukan oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab. Penduduk setempat telah menggunakan pantai sebagai
tempat sembahyang mereka namum setelah upacara itu selesai mereka tidak pula
mahu membersihkannya malah berasa bangga
kerana telah menggotorkan sekitar kawasan di pantai morib seperti yang
dipaparkan di dalam video.
Kenapa perlu begini?
Dimanakah sikap
tanggungjawab yang telah diterapkan kedalam diri mereka? Seharusnya penduduk
atau pengunjung yang datang hendaklah menjaga kebersihan pantai bersama. Mereka
tidak sepatutnya membuang sampah merata-rata kerana itu boleh mengakibatkan
pantai tercemar dan menjerumus kepada persekitaran yang kotor.
Malah, akibat
daripada pencemaran tersebut mengakibatkan kedatangan pengunjung semakin
berkurangan dek kerana tiada lagi tarikan istimewa daripada Pantai Morib
itu.Dahulunya Pantai Morib merupakan pantai yang gah sebagai lokasi rekreasi
hujung minggu.
Kenapa perlu begini?
Ada penduduk di
kawasan berhampiran yang langsung tidak menjejakkan kaki ke pantai itu kerana
mendakwa bukan sahaja persekitarannya yang kotor malas najis babi yang datang
dari kawasan Tanjung Sepat yang terletak kira-kira 10 kilometer sudah meresap
dan mencemari pasir serta air laut di situ.
Jika ada pengunjung
yang datang pun, mereka sekadar berada di dataran Pantai Morib dan enggan turun
ke pantai.
Justeru itu, kita
sebagai rakyat Malaysia haruslah berasa tanggungjawab terhadap pantai kita,
kerana jika bukan kita yang menjaganya siapa lagi?
Akhir kata,
Selamatkanlah Pantai Kita dari terus tercemar.
Masalah tumpahan minyak di pantai
Masalah pembuangan minyak yang mencemari kawasan pesisir pantai
itu boleh menjejaskan kegiatan harian penduduk dimana punca pendapatan meraka
adalah sebagai nelayan.
Minyak
tersebut dipercayai dibuang oleh kapal dagang yang mahu mengosongkan bekalan minyak
lama sebelum mengisi minyak baharu.
Bagaimana pula dengan
kesan pembuangan sisa minyak dan tumpahan dari kapal terhadap persekitaran dan
biodiversiti laut?
Semasa pertumpahan minyak berlaku,
minyak akan bercampuran dengan air dan mengakibatkan pencemaran kepada sumber
air minuman, membunuh dan meracuni kehidupan laut. Angin dan ombak membantu
menyebar dan membubarkan minyak dalam laut. Sebahagian daripada pertumpahan
minyak akan menguap, ada yang akan menjadi bebola tar dan tenggelam ke dalam
laut, melepaskan hidrocarbon ke dalam air dari masa ke semasa.
Pertumpahan minyak juga akan membawa
kesan yang memberangsangkan kepada rangkaian makanan hidupan laut. MInyak yang
terapung di atas permukaan air laut akan mencemarkan plankton (tumbuh-tumbuhan
dan haiwan kecil yang terapung di atas permukaan laut). Ikan-ikan kecil akan
memakan plankton dan secara tidak langsung, ia juga akan termakan minyak yang
tertumpah. Ikan-ikan besar dan manusia yang memakan ikan-ikan ini akan termakan
minyak juga.
Kesimpulannya, fenomena pertumpahan
minyak mengakibatkan pencemaran yang merisaukan komuniti antarabangsa. Sebagai
penghuni bumi, kita patut mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk mencegah
fenomena ini daripada berlaku sementara kita masih boleh berbuat sesuatu. Ingatlah
warisan anak cucu kita.
Ni Pantai Ke ?.. Lubuk Taik najis haiwan?...
Tengoklah keadaan pesisiran pantai kita yang dah nampak macam air loji taik. Tak dapat nak bezakan dari segi warna air pantai itu sendiri. Inilah hasil dari tumpahan sisa minyak kapal yang kemudian dihanyutkan oleh ombak lautan ke pesisiran pantai. Kalau keadaan pantai macam ni, nak ke korang bawa family korang datang berkelah kt tepi pantai?..Bukan saja nak mandi, nak duduk beriadah dengan pemandangan air laut yang hitam serupa ni..... Admin tak rasa korang akan berkelah kt tepi pantai yang macam ni kan..Korang rasa siapa yang bertanggungjawab dan dimanakah pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk pulihkan balik situasi pantai macam ni?..
Jadi manusia yang berguna
Kesan dari tumpahan minyak.
Korang tak risau ke pantai kita dah semakin teruk kerana perbuatan kita sendiri? Sepatutnya kita manusia yang berakal kita yang kena selamatkan pantai dari terus rosak dan kotor. Nanti kalau pantai kita dah kotor korang pun tak nak pergi. Betul tak?
Korang boleh tengok dalam video. Itu sebab apa? Mesti korang pun tahu sebab apa kan? Tapi tak pernah kita bersuara pada pihak2 tertentu untuk selesaikan masalah yang ada. Sampai bila nak terus diam? Suarakan tentang isu pencemaran pantai ni pada pihak yang bertanggungjawab dalam masalah Alam Sekitar.
Tolong fikirkan masa depan generasi akan datang. Sempat ke generasi akan datang merasa jejak kaki dekat pantai?
Gara-Gara Manusia Yang Kejam!!...
Gara-Gara manusia yang kejam tanpa memikirkan kesan apa yang akan jadi di hari kemudian pada bumi kita, pada alam sekitar kita , dan pada alam lautan yang kian tercemar dari hari ke hari.Tanpa menghiraukan kesan yang mendalam, manusia pada masa kini langsung tidak menghiraukan titik-titik betapa pentingnya persekitaran pantai , keindahan pantai. Datang bawa keluarga untuk bersantai di pantai, berkelah dan mengadakan aktiviti kemasyarakatan di sekitar pantai, tapi selepas itu, sampah sarap hasil daripada aktiviti kemasyarakatan itu dibiarkan begitu sahaja.Bahkan pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab pon seperti melepaskan batuk di tangga.
Gara-Gara manusia yang kejam tanpa memikirkan kesan apa yang akan jadi di hari kemudian pada bumi kita, pada alam sekitar kita , dan pada alam lautan yang kian tercemar dari hari ke hari.Tanpa menghiraukan kesan yang mendalam, manusia pada masa kini langsung tidak menghiraukan titik-titik betapa pentingnya persekitaran pantai , keindahan pantai. Datang bawa keluarga untuk bersantai di pantai, berkelah dan mengadakan aktiviti kemasyarakatan di sekitar pantai, tapi selepas itu, sampah sarap hasil daripada aktiviti kemasyarakatan itu dibiarkan begitu sahaja.Bahkan pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab pon seperti melepaskan batuk di tangga.
Thursday, 11 October 2018
Sejak akhir-akhir ini boleh kita lihat isu-isu tentang pencemaran pantai kerap menjadi bahan perbincangan di khalayak ramai dan dipandang remeh oleh kerajaan dan boleh kita lihat sekarang kerajaan hanya memandang remeh terhadap pencemaran pantai yang semakin berleluasa.
Dimana pihak yang sepatutnya bertanggungjawab ?mana ?mana?setakat gah dengan jawatan tak payahlah #haaatepuk
Friday, 5 October 2018
Pencemaran dari Sungai Tuang !!
Saudara Pengarang, JABATAN Alam Sekitar (JAS) merujuk kepada laporan akhbar Utusan Online pada 17 Mei 2017 berhubung dengan isu pencemaran Sungai Tuang akibat daripada aktiviti penternakan babi.
Untuk makluman, aktiviti ternakan babi adalah di luar Kawalan Akta Kualiti Alam Sekeliling, AKAS 1974. Aktiviti ternakan babi di Melaka hanya dibenarkan oleh Kerajaan Negeri Melaka beroperasi di Kampung Paya Mengkuang, Daerah Alor Gajah, Melaka.
Terdapat 36 penternak babi di kawasan ini dengan jumlah ternakan dianggarkan 48,000 ekor babi. Kebanyakan penternak babi masih menjalankan aktiviti ternakan secara konvensional dan hanya menyediakan kolam takungan air buangan dari kandang babi. Sungai Tuang adalah sungai yang menerima buangan dari tempat ternakan babi tersebut.
JAS telah menjalankan pengawasan kualiti air sungai untuk mengenal pasti perubahan pada kualiti air sungai di Melaka. Berdasarkan pengawasan yang dilakukan, Indeks Kualiti Air Sungai Tuang ini adalah Kelas IV yang hanya sesuai untuk tujuan pengairan sahaja.
Berdasarkan pemeriksaan in-situ yang dijalankan pada 23 Mac lalu, bacaan DO berada dalam Kelas V dan ini menunjukkan kualiti air Sungai Tuang berada dalam keadaan tercemar.
Beberapa agensi terlibat dalam menangani isu pencemaran Sungai Tuang melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan, NBOS iaitu Majlis Perbandaran Alor Gajah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka, Badan Kawal Selia (BKSA) Jabatan Ketua Menteri Melaka dan juga JAS.
Penyelarasan antara agensi ini diketuai Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka, Datuk Hasan Rahman melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pencemaran Sungai Tuang, Melaka.
NURAZIATUL AIDA ISMAIL
Unit Pemantauan Tindakan & Susulan Aduan Berulang Bahagian Penguat kuasa JAS
Subscribe to:
Posts (Atom)
Aduan Rakyat Pencemaran Arang Batu Pelabuhan Tanjung Bruas Tidak Dilayan. Salah siapa? Baru-baru ini kecoh dengan vid...
-
Gara-Gara Manusia Yang Kejam!!... Gara-Gara manusia yang kejam tanpa memikirkan kesan apa yang akan jadi di hari kemudian pada bumi kita, ...
-
Pantai Morib kini sudah tidak seperti dahulu kerana isu pencemaran yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Penduduk se...