Friday, 12 October 2018


'Hati Saya Hancur. Pulau Yang Dulunya Bersih Kini Penuh Sampah Sarap. "Lihatlah bilangan sampah di pantai kita."
Memeranjatkan.
Terlalu banyak jenis sampah yang ditemui di sepanjang pantai - daripada botol plastik, TV, kasut, tong kosong, dan karton plastik. Styrofoam adalah yang paling teruk. Apabila ia pecah kepada sejuta kepingan kecil, ia kelihatan seperti makanan ikan dan mustahil untuk dikutip satu per satu.
Sampah yang ditemui ini hanyalah satu jumlah yang sangat kecil daripada jumlah sampah sarap yang terapung di lautan, semuanya dihasilkan oleh tangan manusia. Jika di satu pulau ini pun dah banyak, bagaimana pula bilangan sampah yang ada di dunia?..
Setiap hari manusia consume sampah dengan banyak. Sebaik sahaja sampah dibawa keluar dari rumah, kita akan terus lupa mengenainya tetapi di sinilah ia berakhir; mengubah landskap alam sekitar kita. Jumlah plastik yang kita gunakan dan buang adalah sangat menjijikkan!
"Lihat sahaja pada gambar-gambar ini - kerosakan sedang berlaku, dan kematian hidupan liar adalah kesan langsung daripada sampah yang kita buang. Tolong jangan cakap sampah anda tidak melakukan apa-apa kemudaratan. Berhenti abaikan dan sudah tiba masanya untuk kita lebih mengambil berat..


Segalanya kerana tangan manusia.


Tak malu ke bila pelancong datang tengok keadaan pantai di negara kita yang tercemar dengan sampah limbah.. Nak cakap pasal sampah, berjenis-jenis sampah, nak ke korang nyatakan jenis sampah kalau yang buat sampah ni semua saudara-saudari kita sendiri. Sedih admin bila tengok keadaan pantai kita ni..Kalau bukan kita sendiri yang jaga pantai kita ,siapa lagi..


Pulau peranginan yang sebelum ini bersih kini tercemar teruk dengan longgokan sampah sarap. Sebaik musim monsun tamat tempoh hari, bilangan sampah yang dibawa arus dilihat begitu banyak dan tidak terkawal, semuanya terdampar di persisiran pantai.







No comments:

Post a Comment

Aduan Rakyat Pencemaran Arang Batu Pelabuhan Tanjung Bruas Tidak Dilayan. Salah siapa? Baru-baru ini kecoh dengan vid...