Masalah pembuangan minyak yang mencemari kawasan pesisir pantai
itu boleh menjejaskan kegiatan harian penduduk dimana punca pendapatan meraka
adalah sebagai nelayan.
Minyak
tersebut dipercayai dibuang oleh kapal dagang yang mahu mengosongkan bekalan minyak
lama sebelum mengisi minyak baharu.
Bagaimana pula dengan
kesan pembuangan sisa minyak dan tumpahan dari kapal terhadap persekitaran dan
biodiversiti laut?
Semasa pertumpahan minyak berlaku,
minyak akan bercampuran dengan air dan mengakibatkan pencemaran kepada sumber
air minuman, membunuh dan meracuni kehidupan laut. Angin dan ombak membantu
menyebar dan membubarkan minyak dalam laut. Sebahagian daripada pertumpahan
minyak akan menguap, ada yang akan menjadi bebola tar dan tenggelam ke dalam
laut, melepaskan hidrocarbon ke dalam air dari masa ke semasa.
Pertumpahan minyak juga akan membawa
kesan yang memberangsangkan kepada rangkaian makanan hidupan laut. MInyak yang
terapung di atas permukaan air laut akan mencemarkan plankton (tumbuh-tumbuhan
dan haiwan kecil yang terapung di atas permukaan laut). Ikan-ikan kecil akan
memakan plankton dan secara tidak langsung, ia juga akan termakan minyak yang
tertumpah. Ikan-ikan besar dan manusia yang memakan ikan-ikan ini akan termakan
minyak juga.
Kesimpulannya, fenomena pertumpahan
minyak mengakibatkan pencemaran yang merisaukan komuniti antarabangsa. Sebagai
penghuni bumi, kita patut mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk mencegah
fenomena ini daripada berlaku sementara kita masih boleh berbuat sesuatu. Ingatlah
warisan anak cucu kita.
No comments:
Post a Comment