Pantai Morib kini
sudah tidak seperti dahulu kerana isu pencemaran yang dilakukan oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab. Penduduk setempat telah menggunakan pantai sebagai
tempat sembahyang mereka namum setelah upacara itu selesai mereka tidak pula
mahu membersihkannya malah berasa bangga
kerana telah menggotorkan sekitar kawasan di pantai morib seperti yang
dipaparkan di dalam video.
Kenapa perlu begini?
Dimanakah sikap
tanggungjawab yang telah diterapkan kedalam diri mereka? Seharusnya penduduk
atau pengunjung yang datang hendaklah menjaga kebersihan pantai bersama. Mereka
tidak sepatutnya membuang sampah merata-rata kerana itu boleh mengakibatkan
pantai tercemar dan menjerumus kepada persekitaran yang kotor.
Malah, akibat
daripada pencemaran tersebut mengakibatkan kedatangan pengunjung semakin
berkurangan dek kerana tiada lagi tarikan istimewa daripada Pantai Morib
itu.Dahulunya Pantai Morib merupakan pantai yang gah sebagai lokasi rekreasi
hujung minggu.
Kenapa perlu begini?
Ada penduduk di
kawasan berhampiran yang langsung tidak menjejakkan kaki ke pantai itu kerana
mendakwa bukan sahaja persekitarannya yang kotor malas najis babi yang datang
dari kawasan Tanjung Sepat yang terletak kira-kira 10 kilometer sudah meresap
dan mencemari pasir serta air laut di situ.
Jika ada pengunjung
yang datang pun, mereka sekadar berada di dataran Pantai Morib dan enggan turun
ke pantai.
Justeru itu, kita
sebagai rakyat Malaysia haruslah berasa tanggungjawab terhadap pantai kita,
kerana jika bukan kita yang menjaganya siapa lagi?
Akhir kata,
Selamatkanlah Pantai Kita dari terus tercemar.
No comments:
Post a Comment